Jika Video tidak dipaparkan, boleh klik disini: Video
Benda Hidup dan Benda Bukan Hidup
Tuesday, December 15, 2015
Rancangan Pengajaran Harian
Subjek: Dunia Sains Dan Teknologi
Tahun / Tingkatan: Tahun 1
Duration: 60 [ minit ]
Topik: Sains Hayat
Subtopik: Benda Hidup dan Benda Bukan Hidup
Hasil Pembelajaran:
Pelajar dapat:
1. Mengenal pasti benda hidup dan benda bukan hidup.
2. Mengenal pasti ciri-ciri benda hidup iaitu perlukan air, makanan, bernafas, bergerak, membesar dan membiak.
Objektif Pembelajaran:
Di akhir pembelajaran,:
1. Pelajar boleh menjawab kuiz pilihan berganda untuk mengenalpasti lima contoh benda hidup dan lima contoh benda bukan hidup dengan betul.
2. Pelajar boleh menyenaraikan secara pilihan berganda enam ciri benda hidup dan enam ciri benda bukan hidup dengan betul.
Rancangan Pengajaran Harian---->> RPH
JSU, Skema Soalan dan Jawapan
1. Apakah maksud benda hidup?
A. Benda hidup ialah benda tidak bernyawa.
B. Benda hidup ialah benda bernyawa
C. Benda hidup bernyawa dan tidak bernyawa.
D. Benda hidup ialah benda yang hidup di dalam air.
2. Apakah maksud benda bukan hidup?
A. Benda bukan hidup ialah benda bernyawa.
B. Benda bukan hidup ialah benda yang tidak bernyawa.
C. Benda hidup bernyawa dan tidak bernyawa.
D. Benda bukan hidup ialah benda yang hidup di darat.
3. Yang manakah contoh benda hidup?
I. Manusia
II. Kerusi
III. Haiwan
IV. Tumbuhan
A. I dan II sahaja.
B. II dan III sahaja.
C. I, III dan IV sahaja.
D. Semua di atas.
4. Yang manakah contoh benda bukan hidup.
I. Kereta mainan.
II. Bunga raya
III. Komputer.
IV. Kakak.
A. I dan IV sahaja.
B. I dan III sahaja.
C. II, III dan IV sahaja.
D. Semua di atas.
5. Apakah ciri-ciri benda hidup?
a) _________________
b) _________________
c) _________________
d) _________________
e) _________________
f) _________________
6. Apakah ciri-ciri benda bukan hidup?
a) _____________
b) _____________
c) _____________
d) _____________
e) _____________
f) _____________
7. Awan boleh bergerak. Adakah awan benda hidup?
____________
8. Ombak boleh bergerak dan membesar. Adakah ombak benda hidup?
____________
SKEMA JAWAPAN
1. Apakah maksud benda hidup?
B. Benda hidup ialah benda bernyawa.
2. Apakah maksud benda bukan hidup?
B. Benda bukan hidup ialah benda yang tidak bernyawa.
3. Yang manakah contoh benda hidup?
C. I, III dan IV sahaja.
4. Apakah contoh benda bukan hidup.
B. I dan III sahaja.
5. Apakah ciri-ciri benda hidup?
A. Perlukan makanan
B. Perlukan minuman
C. Bernafas
D. Boleh bergerak
E. Membesar
F. Membiak
6. Apakah ciri-ciri benda bukan hidup?
A. Tidak makan.
B. Tidak minum.
C. Tidak bernafas.
D. Tidak bergerak.
E. Tidak membesar
F. Tidak membiak.
7. Awan boleh bergerak. Adakah awan benda hidup?
Tidak
8. Ombak boleh bergerak dan membesar. Adakah ombak benda hidup?
Tidak
Subscribe to:
Posts (Atom)